Friday, November 25, 2011

Selamat Tahun Baru.. 1433

Assalamualaikum w.b.t.
morning u olls~~ (^_^)
apa mood korang harini ekk?? harap2 ceria2 belako deh.. heee..

pejam celik pejam celik.. harini daa 30 zulhijjah.. means harini masuk jew masuk azan maghrib..
malaikat daa bukak buku baru utk kita..
rasa2nyaa buku kt thn ni.. banyak kat mana ekk kt??
hrummm..
(amik masa utk muhasabah diri kita sebentar) ..



Td terbaca satu post kat fb nih,
tertarik lak nk share kat blog ni..
mudah mudahan dapat manfaat bersama..
insyaAllah..

Semoga thn baru yg bakal mendatang ni..
memberikan kita lebih kebaikan utk diri kita dan juga orang lain.
jom ambil kesempatan di awal thn nie,bt amal utk kebajikan kita..
hehe..

lets..jom baca.. (^_^)

AMALAN SUNAT PADA BULAN MUHARRAM
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
Berpuasa.
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

PERKARA-PERKARA SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA (10 MUHARRAM).
Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

Memuliakan fakir miskin.
Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

Menahan marah.
Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

Menunjukkan orang sesat.
Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

Bersedekah.
Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

Memelihara kehormatan diri.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

Mandi Sunat.
Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah swt”.

Bercelak.
Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali.
Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat

Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

Menjamu orang berbuka puasa.
Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka..


Kalu x silap, 10 muharam tu, 6 disember.. hari selasa.. kita bt selagi mana yg kt mampu dan terdaya utk kita..
mudah mudahan thn baru ni akan lebih bermakna bt kt semua.. insyaAllah..

selamat beramal..

No comments:

Post a Comment