Thursday, December 22, 2011

Bila Cinta Datang Kembali ... episod 1

          Selesai sahaja menunaikan solat i'sya, Arini terus menghampri meja sisi katilnya.. seperti biasa rutinnya sebelum tidur. Dia akan sibuk melayari mukabukunya . Di scrol satu persatu post dari teman--teman mayanya..

"adui.. tak  da post untuk aku kew malam ni.. boringynyaa .. " getis hatinya..

lantas dia terus membiarkan laptopnya sendiri. Bangun merebahkan diri di atas katil empuknya. Nikmat terasa benarnya. Almaklumlah  baru dua minggu dia mengalami keadaan sebegini. Gara-gara ingin meraih segulung ijazah. Tiga tahun hidupnya dibebani  tanggungjawab sebagai seorang mahasiswi .hasratnya  Ingin menjadi budak kampung yang disegani. harapan family.
 Arini tersenyum sendiri mengingatkan setiap detik yang telah di lalui. masih mekar di setiap tragedi.

       Dicapainya novel "Pelabuhan Kasih" coretan lily surihani . Mencari tanda yang di tinggalkan petang tadi. hasratnya ingin menyambung kembali, tapi apakan daya. Matanya tidak mahu menurut kehendak hati. rasa mengantuk terasa amat menyelubungi. ditatap isinya . kosong seperti tiada nada mengiringi..

" Rini nak sarapan apa pagi esok "??
sapaan itu datang dari ibunya, membuatkan dia terkejut seketika. terus  mengusap dada.

"mak, napa tak ketuk dulu sebelum masuk, terperanjat rini"

 sambil bangun dan membetulkan posisi.

"mak dah bagi salam dah td, tgk pintu terbuka jew, tu yang mak terus masuk jew. rini buat apa ni??"

"x daa buat apa pun, baca novel jew"

"dah-dah.. malam ni tidur awal yaa. esok kan nak bangun pagi "

"bangun pagi? "

"lahh..haritu kata nak pergi temuduga  "

Arini hampir terlupa akan hari tersebut.Seminggu sebelum di mana dia  telah menerima surat tawaran temuduga untuk dirinya.Mungkin disebabkan keseronokan bercuti. membuatkan dia terlupa akan hal itu. Mengimbau kembali permohonan yang dihantar sebulan sebelum dia menamatkan pengajiannya, syukur .. akhir dia mendapat balasan.

"iye laa mak, rini lupa"

 sambil tersenyum sinis memandang raut wajah ibunya. saling tak tumpah raut wajah antara mereka.

"yew laa mak, Rini tidur dulu yaa.. daa lewat ni"

heeeeee.. tersenyum lagi.

"Assalamualaikum mak "

"Waalaikumusalam w.b.t "

seraya melangkah meninggalkan anak kesayaangannya itu.

"Mak, esok pagi buat cucur udang yaa. Rini teringin nak makan sebelum pergi "

"Baiklah.. esok mak buatkan " ..

 tap.. pintu tertutup.. lampu di matikan.



          Arini bangkit seawal jam 6.15 pagi.. lantas terus membersihkan diri dan menunaikan solat subuh.

selesai sahaja, dia terus menuju ke almari .

" Nak pakai baju warna apa ni yaa"  dia bertanya kepada gerak hatinya.
 biru, putih, pink atau ungu??

lantas dicapai sehelia baju yang berada paling tepi sekali.. sepasang kurung kuning diselang seli dengan bunga lily hitam. cantik sekali. Dia cuba memadankan nya dgn dirinya.

"cun jugak rupanyaa aku ni ekk"  tersenyum lagi ..
"Mungkin yang ini aku cari. harap-harap membawa tuah kepada ku hari ini"

Baju itu adalah hadiah peninggalan arwah kembarnya. baju sempena hari lahir mereka. Kembar Arini, Arina telah pergi selamanya ketika mereka sama2 mula  ingin melanjutkan pelajaran di Universiti. Arina pergi di hadapan matanya akibat satu kemalamgan. Lagi meyayat hati apabila dia di langgar lari. hampir 2 bulan Arina menyepi. mungkin terkena badi.   3 tahun telah berlalu. Namun tatkala  kenangan  itu  mucul lagi, ianya  mampu membuatkan dia meratap sekali.  Mengesat air mata yang berlinang sendiri..

lamuananya jauh terhenti.. kembali.. percikan air terasa di pipi. di sapu dengan rapi.


tanpa berlengah.  dia terus mengenakan baju tersebut.. agak sendat..

" daa semakin berisi rupanyaa aku "
dia tersenyum sendiri sambil berdiri di depan cermin.
dengan makeup yang nipis,disertakan dengan sedikit eyeshadow .. sudah cukup menonjolkan kejelitaan nya.. ayu sekali.. dengan tudung hitam menutupi..

Melangkah dia menuju ke dapur. ingin bersarapan sebelum pergi.

"assalamualaikum mak".. perlahan suara arini..
"waalaikumsalam rini" seraya menoleh.. lama diperhatikan arini..

mungkin tersentap .. mengalir air mata keibuan..

"cantiknyaa anak emak"  nada kesat mula melingkari.
" biasa-biasa jew ni "  arini perasan perubahan dari ibunyaa.. pasti arina berada dalam fikiran ibunya..
"mak teringat kat kakak Rina yaa"   ? sambil tersenyum..
"Ehh.. x daa laa.. mana ada.. "  terus mengalihkan pandangan..

Arini terus duduk dan menjamah cucur udang yang di sediakan ibunya. sunyi sepi melayan perasaan sendiri. jika hari kebiaasaan. mereka akan bersarapan sekitar jam 10 pagi. ketika itu tugas lebih tertumpu pada arini.

Selesai sahaja bersarapan.. arini terus mendapatkan ibunya. tadi ibunya meminta izin meniggalkan arini bersarapan sendirian. katanya mahu keluar menyiram tanaman. walhal pasti terkenangkan arina .

"Biarlah " bisik hati kecilnyaa..
mereka  bersalaman seraya arini memohon   restu dari ibunyaa. satu kucupan mesra hinggap di pipi..penuh makna..
"banyakan bertawakal yaa nak"  mudah mudahan dapat kerja tu..
"insyaAllah mak, terima kasih "..

Arini keluar menuju ke pintu pagar.. arahnya menuju ke perhentian bas ~~

6 comments:

  1. wow ! nk jadi penulis novel ke?? hehe
    not bad..:p

    ReplyDelete
  2. nk smbg lg mlm td.. tp gler ngntok dah !!! tido lg besh.. psm x gerak apa.. terbaik wokk!!

    ReplyDelete
  3. baru nak ckp "untung la psm da ciap!" :P

    ReplyDelete
  4. waa..rum8 da wat novel la..harap2 dpt truskan minat anda itu ya..mudah2an menjadi kenyataan suatu hari nanti..insyaAllah.:)

    ReplyDelete
  5. @ allhamdullilah.. mudah mudahan siap r!!!
    @izaq.. nasib baik r minat!! haha

    ReplyDelete