Sunday, October 23, 2011

Pabila maut datang menjemput...

DIKISAHKAN bahawa malaikat maut (Izrail) bertemu dengan Nabi Sulaiman a.s. Dia datang dengan bentuk manusia sehingga tidak seorang pun yang mengetahui kedatangannya selain baginda.

Pada ketika itu Nabi Sulaiman sedang berkumpul dengan beberapa orang sahabatnya. Semasa malaikat maut hendak pergi dia memandang salah seorang sahabat Nabi Sulaiman dengan pandangan yang aneh, lalu pergi.

Setelah malaikat maut pergi, sahabat Nabi Sulaiman itu bertanya: "Wahai Nabiyullah, mengapa ia memandang ku seperti itu?" Jawab Nabi Sulaiman: "Ketahuilah, dia itu adalah malaikat maut".

Kemudian sahabat Nabi Sulaiman itu berkata, "Wahai nabi, tiupkanlah angin dengan kencang, sehingga angin itu membawaku ke puncak negeri India, sesungguhnya aku berfirasat buruk".

"Apakah engkau akan lari dari takdir jika maut akan menjemputmu?" tanya Nabi Sulaiman.

"Sesungguhnya Allah memerintahkan kita untuk mencari sebab-sebabnya. Dan, aku yakin bahwa engkau akan mengkabulkan permintaanku," kata sahabat Nabi Sulaiman itu.

Kemudian, Nabi Sulaiman memerintahkan kepada angin untuk membawanya ke tempat yang diinginkan.

Selang beberapa saat malaikat maut datang, Nabi Sulaiman bertanya: "Apa urusanmu dengan salah seorang sahabatku, mengapa engkau pandang dia seperti itu?"

Malaikat maut menjawab, "Aku memandangnya kerana tercatat didaftar kematian bahawa dia akan mati di sebuah negeri di India. Aku hairan, bagaimana dia dapat pergi ke sana sedangkan dia ada bersamamu? Kemudian, di tempat yang telah ditentukan, pada waktu yang telah digariskan aku lihat dia datang kepada aku dan aku cabut nyawanya".

Kisah di atas mengingatkan kepada kita bahawa malaikat maut akan selalu mengintai sesiapa saja yang masa perjanjiannya akan berakhir di dunia ini. Jika masa perjanjian itu berakhir maka tiada sesiapa pun dapat melarikan diri daripada maut...


~~ terkadang kita terlalu leka dgn urusan dunia.. kan... sibuk sangat mengejar cita2 ,impian, kebahagiaan , sehingga kita lupa bahawa hidup ini ada penghujungnya... siapa tahu, bilakah ajal akan datang menjemput kita?? mungkin esok, lusa .. seminggu lagi.. or setahun akan datang... bahkan mungkin seminit dua lagi.. sape yg tahu?? semua itu adalah di dalam pengetahuan NYA. tidak terjangkau oleh kita sebagai khalifahnyaa.. . andai manusia tahu kapankah dia akan di jemput.. pastinya.. dunia ini tidak lain tidak bukan akan menjadi tempat untuknya beramal ibadah secukupnyaa..pastinyaa.. setiap manusia yg pernah dicelakai , pasti akan dirayu agar di maafkan segala kesilapanya... Ya Allah ya tuhan ku.. jadikanlah aq manusia yg terhindar dengan kealpaan dunia.. detikkan lah hatiku.. agar sentiasa mengigati akan datangnya kematian... tiada apa lg yg dapat membantu ku selain daripada amal soleh dan juga ibadahku..
pesanan utk diri sendiri dan juga rakan2 seperjuangan.. ~~

1 comment:

  1. Terima Kasih ingatkan kawan2.. :) Semoga setiap saat yang kita lalui amat bermakna dan ingatkan kita samada adanya hari besok atau tak..~

    ReplyDelete