Thursday, September 22, 2011

kawan ohh kawan..

assalamualaikum w.b.t.
huhu..
semalam br jew terbaca satu artikal nih..
mengenai ciri2 seorang sahabat / kawan/ teman/ yg baik..
n ayat yg besh dalam artikal tu


# Personaliti kawan kita sebenarnya mencerminkan diri kita, sbg contoh, jika anda seorang pelajar, dan anda mempunyai sifat periang maka anda juga akan lebih selesa mempunyai kawan yg berpewatakan yang sama, jadi untuk mengenal siapa kita, maka lihatlah siapa kawan kita #

jadi pilihlah sahabat dari ciri2 berikut :

a) kawan yg pandai
- mereka akan banyak membantu kita dalam menghadapi hidup seharian. Jika anda mempunyai masalah dalam pembelajaran, maka dengan bantuan mereka.. anda akan menjadi lebih faha.

b) Kawan yg jujur
mereka yang jujur akan lebih banyak mendatangkan kebaikan dalam hidup kita.
Mereka tidak menipu kita dan juga mempermainkan kita. Mereka lebih menghargai anda dan jika anda membuat kesilapan, mereka akan menegur supaya kita akan menjadi lebih baik. Jika anda di belenggu kesusahan, merekalah yg pantas menghulurkan tangan bantuan. ini kerana mereka ikhlas berkawan dgn anda dan juga tidak mengharapkan balasan ..

c) kawan yg tidak kedekut
mereka bukan sahaja tidak kedekut dari segi bantuan wang ringgit, malah tidak juga kedekut dari segi tenaga, masa, sokongan moral dll lagi. Mereka membantu dari segi apa sahaja bagi memenuhi hajat yg kita impikan atau cita2 kan.. kawan yg kedekut akan banyak menghalang anda mendptkan hajat anda.

d) Kawan yg setia
Mereka yg setia dengan anda tidak akan sesekali menjual atau menikam anda dari belakang bagi memenuhi hajat mereka..
Tatkala peluang terhidang di hadapan anda, mereka tidak akan sesekali memotong jalan anda.
ataupun tatkala dalam kesusahan mereka mereka tidak akan menuding jari dan menjual anda bagi melepaskan diri...

agak2 .. kita ni jenis kawan yg mcm naa ekk???
huhu..
(^_^)

No comments:

Post a Comment